3 Mei 2019

Apa yang kita rasa terbaik, tak semestinya itu yang terbaik



Alhamdulillah, 1 Mac haritu, aku sepatutnya lapor diri kat hosp uia. hospital yang aku idam kan dari tahun 2016. 2019, aku dapat pegang hospital uia. perasaan waktu tu, mestilah gembira tak terkata.

Tapi keadaan memaksa aku menolak tawaran tu. Memang take time jugak aku rasa sedih tu. yelah, 4 tahun aku tunggu, tiap balik kerja, aku berharap aku dapat surat nama aku kat peti surat rumah. sampai tahap gitu pengharapan aku kat hospital ni. 4 tahun tau aku tunggu.

Bila stress, mula lah rasa menyesal tak pergi lapor diri 1 mac haritu menyelubungi diri. haha.

Takpelah , aku redha. aku follow the flow je ni. Mungkin jalan sekarang ni yang terbaik utk aku utk aku belajar lagi ilmu-ilmu yg masih aku tak catch up lagi.

Yang terbaik akan datang kemudian..... (*smile)

3 Jan 2019

cerita interview


"Banyak-banyak interview , tapi tak 'sangkut' pun satu, orang tak pandang weh" (A, 2018).

Ini kata-kata kawan aku. Aku tak terkesan langsung pun dengan kata-kata dia ni. Aku mampu gelak je. Lalu hati aku pun bermonolog. "Sampai gitu sekali kau kata aku, kan? Rilex la awak. Awak dapat tak pengalaman macam saya dapat ? tak dapat, kan? Awak rugi. Misi aku tak settle lagi weh time ni, kau chill la, kau tengok lah game aku mcm mana. nanti aku da berjaya nanti, aku tunjuk la sikit kat kau..." *riak sikit je...

Alhamdulillah, aku dah dapat dah apa yang aku idamkan selama ni. Walaupun aku masih tak berpuas hati lagi :P Misi aku dah selesai, so aku move on la. Kejap lagi saya riak dengan awak ye, yang cakap gitu dengan saya :D *haihhh kau ni.

Ye, aku mengaku aku tak pernah serious dengan kerja aku sebelum ni :D . ye, memang aku saja buat macam tu. Aku main-main, aku buat hal. don't care. Paling teruk aku pernah buat hal, aku ikut biha sana sini buat fyp dia . muehehehe . Aku ulang alik shah alam-puncak alam. Yes, boleh kata setiap hari. Siapa cakap tak stress tolong dia, jadi grabcar dia. kene bangun pagi-pagi, kene pecut shah alam-palam, kene hadap jammed :P heheh x de lah. Entah, aku pun tak tahu kenapa aku nak tolong dia. Rezeki dia kut Allah jadikan aku orang perantara memudahkan urusan dia since level stress dia pun tahap....aihh malaih nak cakap aihh. Stay palam sampai malam semata nak puaskan hati orang, tapi orang still x puas hati. Pehh. Tido rumah aku 2 hari siap dapat package kene marah sebab tido and tak buat kerja. Aku booking hotel sebab nak tolong dia sikit-sikit, ye, ni pun complete package kene marah kalau tido tak buat kerja. Balik kerja terus rushing pergi palam sebab dah nak maghrib dan aku tak suka dia naik bas waktu2 gini. Nak last-last tu, aku pulak yang jatuh sakit, hanya allah je tahu sakitnye aku waktu tu. Aku kuatkan diri aku, aku tolong dia jugak. Sebab sakit dia lebih sakit dari sakit yang aku rasa. Dan yang paling aku happy sangat, aku dapat tengok dia senyum . lama gila tak tengok dia senyum lebar gitu. Reduce sikit rasa sakit aku. Settle tolong fyp biha, aku memang pengsan kat rumah, tak boleh bangun :D Done cerita kerja main-main aku.

Aku nak cerita 2 kisah pengalaman interview yang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Ok la, aku cerita 2 yang pahit, 2 yang manis, ok ? Sepanjang 3 tahun dalam dunia kerja ni since 26 Oktober 2015 sampai sekarang aku ada pengalaman 11 tempat interview . 11 tempat ni tak termasuk yang aku dapat panggilan interview tapi aku reject atas sebab-sebab tertentu. Kalau ikut total yang aku dapat panggilan interview, ada 16 company. Dan dalam 11 tempat ni, ada few places yang aku diterima bekerja dan aku juga menolak atas sebab-sebab tertentu.

Kisah 1 (manis)
Lokasi di seksyen 13 , Shah Alam. Bekerja di bawah kerajaan negeri selangor. Masa tu otak aku pikir masyuk je. kah. Sebelum ni kerajaan selangor kan suka memberi bonus. Kalau boleh setiap kali perayaan dia nak bagi bonus.(*nampak tak niat aku tu.hahahaha). Ikut listed calon temuduga, ada 4 atau 5 orang. Tapi alhamdulillah. Aku hanya bersaing dengan seorang senior degree lelaki. Yg laen sume x dtg. Jadi, peluang aku tu mcm cerah sikit. First time, sebelum temuduga kene recite quran dulu :D ohh, dan first time aku jumpa, pekerja yg keluar masuk kat company tu, bagi salam. sejuk hati aku dok situ :D tak kira la dia keluar semata nak ambik barang tertinggal dlm kete then dia masuk ofis balik, dia bagi salam. hmm indahnya. so aku ditemuduga dulu sebelum abg tu. Aku tak rasa apa2 berdebar sebab aku rasa aku dah buat yg terbaik utk dptkan jawatan ni. sebelum balik tu, wish luck to that guy and of kos lah mintak izin nak chawww so settle. Balik tu aku stalk dia kat fb. Tak friend pun. saje husya. few weeks after tu, aku nampak gambar dia dengan student practical dan student tu rapat jugak dengan aku. OMG. byebye zati. tak ada rezeki kau kat situ. rezeki situ milik abg tu. Settle !

Kisah 2 (manis)
Lokasi di Kuantan, Pahang. Bekerja di bawah separa kerajaan. Paling tragis tempat ni. This is my second peluang. First peluang aku melepas sebab tak dapat any email mengatakan aku dapat panggilan interview batch pertama since tempat ni baru sahaja ditubuhkan. Dapat tahu bila akak senior ni nampak nama aku dalam listed calon temuduga tapi aku tak ada kat situ. Akak tu pm aku dan tanya kenapa tak pergi. waktu ni aku balik dari kerja. dan akak tu pm dan aku terkejut dan aku cek emel dan takde dalam inbox dan aku cek lagi dan surat ada dalam 'spam'. Aku berhenti tepi jalan, aku menangis dalam kereta. Lama gila-gila aku nak move on. few months jugak. Dan this second time, aku betul-betul berikrar akan buat yang sehabis baik aku. Aku tak expect akan jumpa kawan2 seangkatan aku since tempat tu orang tak tahu lagi kewujudannya. Tapi mengharap jugaklah dapat jumpa sesape kawan. krik2 gila kut sorang2. First time aku sampai, banyaknyeeeeeeee parking ! Free space berjuta. Start masuk dalam, pak guard senyum, bagi salam(sampai tak sempat aku nak bg salam dulu). Indahnya. Tenangnya. This will be my favourite place ! sumpah aman tenteram . Heyy, i met my junior here ! fuhh ada lah juga kawan beborak sakan. First time kene interview secara berkumpulan. ramai2 dalam bilik interview. Dan yang paling aku suka, santai gila interviewer. Boleh gelak2, sakat2, memang tak stress langsung la cerita dia. Maka, keluar bilik interview dengan muka senyum lebar. again, i wish gud luck to my junior sebelum chaww. Balik interview tu kitorang tak contact pun. Few months later, lama jugak la tunggu result. Sampai aku and dia tanya memasing, dah dapat belum jawatan ? berapa kali tah tanya soalan yang sama setiap bulan. Satu hari tu, she whatsapp me, " akak, akak dapat tak surat? " Time tu mood aku dah kendur sikit. Aku saje la tanya dapat surat apa then she replied, surat tawaran penjawatan. terus down mood haritu. Tapi tak down jugak. Aku masih mengharap. haahha. aku pi sedap kan hati aku kata, surat lambat sikit kut sampai since aku dok selangor kut. Dia dok pahang jugak. So maybe 2 3 hari lagi sampai la tu. Aku tunggu hari demi hari, tapi surat aku tak ada pun. Aku tak nangis pun sebab aku tak dapat. Maybe sebab aku dah buat 150% yang paling terbaik dari interview yang sebelum ni. Aku tak ada rezeki disini. pss: Sampai sekarang tau aku tengok peti surat dan aku harap surat daripada pahang. hihihi


kisah pahit, next post lah. tu pun kalau ada hati nak post lah. sebab terlalu pahit. Ubat pun manis lagi :P

12 Dis 2018

Detik yang ditunggu dah sampai !


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur sangat2 .

Saat-saat yang aku nantikan selama ni, tiba jua. Perasaan dia tu, memang rasa lega sangat2. Allah turunkan rezeki tu dari sudut yang aku tak jangka. Mungkin ini hanya permulaan untuk aku mengorak langkah.

2 tahun lebih, macam2 perkara aku dah hadap, stress, menangis, tak kuat. Tapi aku sabar. Aku yakin, satu hari, waktu aku akan tiba jugak.

Pernah satu hari, rasa down gila2. sampai satu masa tu, aku bagi ID and paswed aku kat bilis, aku cakap kat dia, in case aku ter carut atau tulis perkataan-perkataan tak elok kat social media, aku mintak dia delete post tu. Tapi alhamdulillah, tak pernah lagi lah :D biasa kalau rasa down, memang carik dia terus.

Dan kini...............2019......................aku akan hidup dengan kehidupan yang baru. berlainan dari sebelum ni. Ini yang aku mahukan selama ni. Jadi, bermulah kehidupan seperti yang aku idam-idamkan.


cerita happy bermula gini.
Haritu saja dm akak sinior di kuantan. blablabla, habis membawang dgn dia, saja la bukak email. sekali tengok, WHAAAAATTTTT ! I got it ! alhamdulillah !


haritu call HR atas nasihat akak sinior tu la. jadi HR kata i have to wait for da kekosongan. kalau ikut bahasa Bola(sebab musim bola en skang ni.kahkah), nama aku ada dalam bangku simpanan. so anytime boleh masuk padang. Baru2 ni diorang open vacancies. adehhh. memang kene intebiu lagi gamaknya. Tapi insyaallah, ramai kawan2 kat kuantan. so x de hal lah kut.


psssttt: aku still tunggu uia. kenapa tunggu situ ? sebab situ lah aku rasa hospital paling tenang kat malaysia ni.


Butttt ! kalau rezeki aku bukan kat situ, takpe, aku stay dekat sini. Cukup 2 tahun, aku chaw la. kahkahkahkahkahkah.


YANG PENTING AKU HAPPY GILA ! bye. alhamdulillah.

6 Ogo 2018

Kita rasa terbaik, tapi Allah masih pegang yang paling terbaik



Aku tak pernah cerita pasal kerja aku kan :D ok, aku nak cerita ni.

Kenapa dengan tajuk tu . it means a lot .

Pengalaman kerja dah hampir 3 tahun. Cukuplah aku main2 dalam kerja ni. Aku nak cari kerja tetap untuk masa depan.

Sepanjang 3 tahun ni, bermacam-macam jenis temuduga aku dah attend. Company yg besar, yg kecik, semua aku dah pergi.

Tapi, Allah masih belum bagi rezeki tu pd aku. Pernah satu temuduga tu, hanya aku dan seorang hamba allah ni. Kiranya aku bersaing dengan dia untuk dapatkan satu jawatan yg aku rasakan terbaik. Aku dah buat yang paling terbaik. Aku rasa fresh, aku tak debar mcm temuduga sebelum ni. Aku dah buat yang paling terbaik sampai aku rasa betul ke aku dapat buat yang terbaik ? Allah tetap belum izinkan.

Allah beri rezeki pada hamba allah tu. Diikutkan pengalaman dan ilmu, ternyata aku yang paling layak. Aku tak rasa down pun masa dia bagitau dia dapat job tu. Aku tau, Allah punya rancangan yang paling terbaik untuk aku.

Allah bagi aku belajar banyak perkara dari temuduga. Kesalahan-kesalahan lepas, aku tak akan ulang.

Ada orang cakap, temuduga banyak2 tapi tak dapat pun job tu, orang takkan pandang. TAKKKK ! orang tak tahu apa yang aku lalui. apa yang aku belajar melalui temuduga. banyak. sangat banyak.

Dan aku tahu, Allah masih pegang rezeki aku sampai lah pada masa yang tepat. Dia x bagi apa yang aku mahukan, tapi dia bagi apa yang aku perlukan.

The only person yang tahu jatuh bangun aku, ketawa nangis aku, stress aku, [nabihah]. Aku tak pernah share dengan orang lain kecuali dia. Sebab dia aku masih kuat. sebab nasihat2 dia, aku masih bersabar. thank you so much !

Dan aku masih ditempat yg sama berjalan dengan ketenangan sambil mencari hikmah-hikmah tersembunyi. Aku nantikan detik itu :)

17 Jul 2018

My last birthday surprise


14 July 2018 & 15 July 2018


It should be my sesi penculikan 4.0 . Hadiah utama merangkap hadiah terakhir utk birthday beliau (you know whos bday) . Merangkap percutian rehat since kedua2 nya stress (aku dan beliau) sebelum ni . hahah ! percutian bajet beb aku buat .

Tapi kita mampu merancang, Allah yg tentukan. Beliau ada urusan yg lebih penting, maka tiada lah surpriseeeeeeeeeee...........

Cuma malam Ahad tu alhamdulillah Allah bagi juga peluang untuk jumpa dengan beliau . sekejap . sekejap sangat (nangis) .

Seprais dalam kete je lah.
Kecik je en...hihihi.... ni je mampu :P

ok dah. tu je untuk #266 2018. End of the story.

29 Mei 2018

Misi penculikan



26 June 2012 - wish ramai2 dgn budak kelas lepas habis kelas. 
September 2013 - hmm dia yg start celebrate bday aku. time ni memang paling kwajaaa punye roomate !
26 June 2014 - Aku bagi dia buku sinergi hilal asyraf (sweet en), daim dengan popero. yg ni rasanya aku main tinggal je hadiah kat ruang tamu rumah dia. ehh tak. aku letak atas katil dan aku balik rumah. sebab time tu dia roomate aku.
23 June 2015 - Aku bagi dia coklat biasa, dgn famos amos, 2 tudung. Time ni aku pos ke kampung dia. Malu ye satu famili dia tengok . hmm x nak buat dah !
2 June 2016 - Aku bagi dia famos amos, handbag separa ori dan sbb ada less so dia mampu milik dan aku beli, dengan baju merah. Baju tu dia masih pakai sampai sekarang(senyum). beg tu lagi lah. since 2016 dia pakai, sampai awal 2018, kau bayangkan tahap selebetnya beg tu. paling terharu laa. this time aku campak je hadiah depan pintu bilik . bizi sgt kan meeting sana sini.amikkk kauu. Then celebrate kat taman tasik shalam, ade kek, ade durian, ada belon.
June 2017 - start tahun ni lah aku bagi dia hadiah maciam2. aku pun pening. kitorg stay hotel 5 star walaupun masing2 masa tu bizi gila, then bg belon, the main gift is kasut. Kasut tu lah antara hadiah paling termahal aku pernah bagi . aku pun x tau kenapa aku bg yg tu. rezeki die kut. rasa mcm tak puas, so weols lepak naik cruise putrajaya. 
Dan 2018......................inilah kisah dia.........................

Rasanya dalam banyak2 tahun nak celebrate bday, tahun ni kut paling mencabar. Haha. Makin berusia makin mencabar nampaknye ehh :P

Actually since May aku dah terstart bagi hadiah. Ter tau :P tak seprais pun lah. bagi gitu je. Gobox ! uhhoo lama gila nak ke sini tapi dah nak puasa hmm macam x dapat je . so satu haritu, saje je lah ajak. hihhi. hurey ! dah la tak ramai orang, syok je dating. ni kira penculikan 2.0 yg fes taim tu bile ek. tak ingat lah. so makan je lah . 

So secara rasminya , nak celebrate bday dia yg sebenarnya dengan seseorang. nak buat bulan june, mcm tak dpt sbb mesti dia dah x de kat sini. so nak tak nak kene buat awal. Fakta disini is, dah 3 tahun celebrate bday awal ! hahah ! ye, bulan 5. since 2016. 

Disebabkan ini adalah main celebration utk dia utk tahun ni, i'll do my best ! Mula2 ingat nak celebrate kat hotel 5 star(*tp macam x berbaloi) pikir punye pikir sampai lah terpikir nak celebrate kat hotel 1 star but still rasa x berbaloi :P last2 dah x de idea dah. rasanya dah april but still x de idea. 

Satu hari tu, dia ada cakap, lama tak lepak dengan seseorang ni, haritu jumpa tak dapat lepak lama pun . So..........bintang2 dah main2 kat kepala aku ! this is the main gift for her ! so aku set lah date dengan seseorang tu...dan seseorang yg lain lah. dan seseorang tu pun setuju laa . so aku excited sikit lah. alhamdulillah aku dapat happy kan dia. Banyak kali postponed weh untuk dapat kat masa semua free. Banyak sangat dugaan ujian dan halangan (eceh). hahah...ye, banyak kali pospon. aku rasa serabut dah. so satu hari tu aku decide , aku letak je tarikh sekian haribulan, then aku bgtau semua seseorang tu. aku bagitau sebelum seminggu hari kejadian.

Mula2 ingat nak celebrate satu tempat makan je. Tapi pikir punye pikir, kesian perut buka puasa dengan coklat. hekhek. so alternative lain is, buka tempat lain, celebrate tempat lain. we need riceee :P 

Aku anggap this is private party. untuk aku, dia, dan seseorang yg lain. aku emosi sikit kalau org lain join atau terjoin. i need privacy disebabkan seseorang tu. 
Aku tak stress sangat dgn dia ni. Walaupun payoh jugak nak culik dia, alhamdulillah berjaya jugak dengan pelbagai drama yg kami buat. 
Aku stress dengan seseorang ni yg mulanya setuju tapi pada hari kejadian, hilang entah ke mana. Aku tak paksa pun dia, aku tak kesah tiba2 dia nak cancel ke. ni terus hilang. harapan palsu sungguhh.
So nak taknak, rancangan penculikan kene diteruskan. sebab dah book ape semua. aku terbeli belon ada nama tu. haha. terbeli tau . tapi korang jgn beli. bazir je. baik pakai belon biasa, tulis pakai marker pen :P dia tak tau pun rancangan aku nak celebrate bday dia. dia ingat just nak buka puasa sama2 je. kemonnn kemonn aku kutt...mana cukup 1 event dalam 1 masa :P so just letak belon tu dalam kereta. dia masuk...muahaha tak reti nak baca kut tulisan tu . so nampak sikit lah senyuman iklas tu :D dia tahu kita nak berbuka kat gobox. so bila dia dah nampak belon tu , dia ingat weols nak celebrate bday kat gobox. sbb before this dah survey price celebrate kat sini and dia dah bagi hint suruh celebrate kat sini. Tapi aku x suke sgt event open2 kat tempat mcm ni. kamonn aku kutt. privacy is a must. so dah solat ape sume , makan pun dah nak habis, aku syak dia kechiwa sbb x de apa2 celebration pun. muahahaha. Misi penculikan seterusnye adalah ke molten coklat cafe. actually ada je branch dia yg dekat2 sini je. tapi aku tak nak sebab tempat2 lain tak nampak mewah mcm org kaya(tips org bajet: cari tempat mewah tapi murah dan jimat:P) dah sampai tempat kejadian, main masuk je cafe ni. dia pun x de reaksi pape sbb ok. aku bawak dia makan coklat pulak.
Bila dah duduk seat party baru lah dia terkejut sikitt. muehehehe....masing2 tanduk setan keluar. wiihuuuu ! kami berjaya culik budak kecik ni ! so just order simple and murah dish hmm lama juga eh nak menunggu. aku expect tak ramai orang sebab bulan puasa. hahaha... sorry sis. terramai orang pulak haritu. aku perati je waiter2 buat kerja. bila sorang waiter tu dah bukak pintu main switch lampu dia, aku dah get ready nak rakam the moment :)) 
Sepraisssssssssssss..................terkejut ayam ke sis . muehehehe...yang bestnye customer lain pun sporting sama2 nyanyi lagu. lagu dah habis , ada sorang chinese tu cakap, bill on her . hahaha . sebenarnye aku rasa tahap keseganan nya celebrate mcm ni. hahhaha... tak kesahlah. dah settle dh semua drama yg kitorg buat. waktu makan2 tu baru lah bukak rahsia drama2 kitorg....muehehe... tak expect ehh sis.......hihi.
Tapi disebabkan seseorang yg sangat penting untuk celebration kali ni x de, this is the pre-celebration insyaallah (26 may 2018) . there will be another misi penculikan after this insyaallah. 
Izinkan aku culik kau di masa-masa akan datang..... ? 
Aku rasa kitorang ada bakat jadi pelakon lah. Muka puas setelah pelbagai rintangan kitorg tempuh :P
comel kan baju weols dengan balloon tu



With regards,
kawan kau yg cantik.