3 Jan 2019

cerita interview


"Banyak-banyak interview , tapi tak 'sangkut' pun satu, orang tak pandang weh" (A, 2018).

Ini kata-kata kawan aku. Aku tak terkesan langsung pun dengan kata-kata dia ni. Aku mampu gelak je. Lalu hati aku pun bermonolog. "Sampai gitu sekali kau kata aku, kan? Rilex la awak. Awak dapat tak pengalaman macam saya dapat ? tak dapat, kan? Awak rugi. Misi aku tak settle lagi weh time ni, kau chill la, kau tengok lah game aku mcm mana. nanti aku da berjaya nanti, aku tunjuk la sikit kat kau..." *riak sikit je...

Alhamdulillah, aku dah dapat dah apa yang aku idamkan selama ni. Walaupun aku masih tak berpuas hati lagi :P Misi aku dah selesai, so aku move on la. Kejap lagi saya riak dengan awak ye, yang cakap gitu dengan saya :D *haihhh kau ni.

Ye, aku mengaku aku tak pernah serious dengan kerja aku sebelum ni :D . ye, memang aku saja buat macam tu. Aku main-main, aku buat hal. don't care. Paling teruk aku pernah buat hal, aku ikut biha sana sini buat fyp dia . muehehehe . Aku ulang alik shah alam-puncak alam. Yes, boleh kata setiap hari. Siapa cakap tak stress tolong dia, jadi grabcar dia. kene bangun pagi-pagi, kene pecut shah alam-palam, kene hadap jammed :P heheh x de lah. Entah, aku pun tak tahu kenapa aku nak tolong dia. Rezeki dia kut Allah jadikan aku orang perantara memudahkan urusan dia since level stress dia pun tahap....aihh malaih nak cakap aihh. Stay palam sampai malam semata nak puaskan hati orang, tapi orang still x puas hati. Pehh. Tido rumah aku 2 hari siap dapat package kene marah sebab tido and tak buat kerja. Aku booking hotel sebab nak tolong dia sikit-sikit, ye, ni pun complete package kene marah kalau tido tak buat kerja. Balik kerja terus rushing pergi palam sebab dah nak maghrib dan aku tak suka dia naik bas waktu2 gini. Nak last-last tu, aku pulak yang jatuh sakit, hanya allah je tahu sakitnye aku waktu tu. Aku kuatkan diri aku, aku tolong dia jugak. Sebab sakit dia lebih sakit dari sakit yang aku rasa. Dan yang paling aku happy sangat, aku dapat tengok dia senyum . lama gila tak tengok dia senyum lebar gitu. Reduce sikit rasa sakit aku. Settle tolong fyp biha, aku memang pengsan kat rumah, tak boleh bangun :D Done cerita kerja main-main aku.

Aku nak cerita 2 kisah pengalaman interview yang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Ok la, aku cerita 2 yang pahit, 2 yang manis, ok ? Sepanjang 3 tahun dalam dunia kerja ni since 26 Oktober 2015 sampai sekarang aku ada pengalaman 11 tempat interview . 11 tempat ni tak termasuk yang aku dapat panggilan interview tapi aku reject atas sebab-sebab tertentu. Kalau ikut total yang aku dapat panggilan interview, ada 16 company. Dan dalam 11 tempat ni, ada few places yang aku diterima bekerja dan aku juga menolak atas sebab-sebab tertentu.

Kisah 1 (manis)
Lokasi di seksyen 13 , Shah Alam. Bekerja di bawah kerajaan negeri selangor. Masa tu otak aku pikir masyuk je. kah. Sebelum ni kerajaan selangor kan suka memberi bonus. Kalau boleh setiap kali perayaan dia nak bagi bonus.(*nampak tak niat aku tu.hahahaha). Ikut listed calon temuduga, ada 4 atau 5 orang. Tapi alhamdulillah. Aku hanya bersaing dengan seorang senior degree lelaki. Yg laen sume x dtg. Jadi, peluang aku tu mcm cerah sikit. First time, sebelum temuduga kene recite quran dulu :D ohh, dan first time aku jumpa, pekerja yg keluar masuk kat company tu, bagi salam. sejuk hati aku dok situ :D tak kira la dia keluar semata nak ambik barang tertinggal dlm kete then dia masuk ofis balik, dia bagi salam. hmm indahnya. so aku ditemuduga dulu sebelum abg tu. Aku tak rasa apa2 berdebar sebab aku rasa aku dah buat yg terbaik utk dptkan jawatan ni. sebelum balik tu, wish luck to that guy and of kos lah mintak izin nak chawww so settle. Balik tu aku stalk dia kat fb. Tak friend pun. saje husya. few weeks after tu, aku nampak gambar dia dengan student practical dan student tu rapat jugak dengan aku. OMG. byebye zati. tak ada rezeki kau kat situ. rezeki situ milik abg tu. Settle !

Kisah 2 (manis)
Lokasi di Kuantan, Pahang. Bekerja di bawah separa kerajaan. Paling tragis tempat ni. This is my second peluang. First peluang aku melepas sebab tak dapat any email mengatakan aku dapat panggilan interview batch pertama since tempat ni baru sahaja ditubuhkan. Dapat tahu bila akak senior ni nampak nama aku dalam listed calon temuduga tapi aku tak ada kat situ. Akak tu pm aku dan tanya kenapa tak pergi. waktu ni aku balik dari kerja. dan akak tu pm dan aku terkejut dan aku cek emel dan takde dalam inbox dan aku cek lagi dan surat ada dalam 'spam'. Aku berhenti tepi jalan, aku menangis dalam kereta. Lama gila-gila aku nak move on. few months jugak. Dan this second time, aku betul-betul berikrar akan buat yang sehabis baik aku. Aku tak expect akan jumpa kawan2 seangkatan aku since tempat tu orang tak tahu lagi kewujudannya. Tapi mengharap jugaklah dapat jumpa sesape kawan. krik2 gila kut sorang2. First time aku sampai, banyaknyeeeeeeee parking ! Free space berjuta. Start masuk dalam, pak guard senyum, bagi salam(sampai tak sempat aku nak bg salam dulu). Indahnya. Tenangnya. This will be my favourite place ! sumpah aman tenteram . Heyy, i met my junior here ! fuhh ada lah juga kawan beborak sakan. First time kene interview secara berkumpulan. ramai2 dalam bilik interview. Dan yang paling aku suka, santai gila interviewer. Boleh gelak2, sakat2, memang tak stress langsung la cerita dia. Maka, keluar bilik interview dengan muka senyum lebar. again, i wish gud luck to my junior sebelum chaww. Balik interview tu kitorang tak contact pun. Few months later, lama jugak la tunggu result. Sampai aku and dia tanya memasing, dah dapat belum jawatan ? berapa kali tah tanya soalan yang sama setiap bulan. Satu hari tu, she whatsapp me, " akak, akak dapat tak surat? " Time tu mood aku dah kendur sikit. Aku saje la tanya dapat surat apa then she replied, surat tawaran penjawatan. terus down mood haritu. Tapi tak down jugak. Aku masih mengharap. haahha. aku pi sedap kan hati aku kata, surat lambat sikit kut sampai since aku dok selangor kut. Dia dok pahang jugak. So maybe 2 3 hari lagi sampai la tu. Aku tunggu hari demi hari, tapi surat aku tak ada pun. Aku tak nangis pun sebab aku tak dapat. Maybe sebab aku dah buat 150% yang paling terbaik dari interview yang sebelum ni. Aku tak ada rezeki disini. pss: Sampai sekarang tau aku tengok peti surat dan aku harap surat daripada pahang. hihihi


kisah pahit, next post lah. tu pun kalau ada hati nak post lah. sebab terlalu pahit. Ubat pun manis lagi :P

Tiada ulasan: