7 Sep 2011

CINTA...COUPLE...(2)


   Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah utk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.
Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-buat  & kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak yg terbaik.Penyayang,penyabar,pemurah.Masa bercinta,merajuk ada yg akan pujuk.Jgn haraplah lepas kawin bila merajuk ada yg memujuk. Banyak orang yg kecewa & tertipu dgn keperibadian pasangan semasa bercinta.Perangai jauh berbeza.Masa bercinta,dia seorang yg amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam.Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dah kena tengking.Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.
Tanya sikit. Adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama.Cinta yg diberi nafas baru.Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis & syaitan.Manusia yg terlibat dlm budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dlm perangkap syaitan.
Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia.Sbb ukuran manusia sering berbeza-beza.Org yg sdg mabuk bercinta mengatakan org yg b'cinta x menjejaskan apa2 maruah dirinya. Manakala bg org yg menjaga diri,tidak mahu terlibat dgn cinta sebelum kahwin akan mengatakan org yg bercinta sudah x bermaruah. Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.    

     Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sdg menghampiri penzinaan.Manakala org yg b'cinta & pernah berzina x layak berkahwin kecuali dgn org yg pernah berzina juga. Mereka tidak layak utk berkahwin dgn org yg beriman.

Allah Talla berfirman:
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.”
(An-Nur : 3)

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga? 
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Allah Taala berfirman :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) ..”
(An-Nur : 26)

Telah tercatat sebaris nama di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh ketinggian peribadimu. Jika kau berada di jalan yang diredhai-Nya, InsyaAllah si dia turut berada di jalan yg sama.
Kami telah berjanji untuk sehidup semati 
Apa yg ada pd janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yg musnah? Lelaki,jgn diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan saja.
Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?  
Ya,masih ada org yg suci dlm debu.Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.Mereka ada pasangannya.

Bagaimana kami?  
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha.Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk & kekuatan utk mendapat redha-Nya 




Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya  engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…

Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu

Tiada ulasan: