Kami tidak berzina!
Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya berbual-bual,bertanya khabar,minum2. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.
Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani).
Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan.Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dgn menghampiri zina. Memang pd awalnya x bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu & perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kpd suatu pertemuan.Pertemuan pertama x akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan & berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?
Zina ada bermacam2 jenis & peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan(b'pegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dgn perasaan berahi).Melihat auratnya juga zina mata.Zina hati iaitu khayalan berahi dgn kekasih sepertimana yg dinyatakan oleh Rasulullah:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman
(Muslim dan Abu Daud)
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jgn tipu. Allah tahu apa yg terselit dlm hati hamba-hambanya.Kita belajar nk keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau x diberkati Allah,kejayaan x akan membawa kebahagiaan. Hidup x bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jgn berselindung disebalik pelajaran yg mulia.Allah suka kpd org yg berilmu.Jadi belajar hendaklah ikut batas & ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?
gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua.Kalau ye pun,carilah study group ramai2 sikit.Kalau ddk berdua-dua macam ini,betul ke bincang pelajaran? Jgn2 sekejap saja bincang pelajaran,yg lain tu banyak masa dihabiskan dgn fantasi cinta!
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study group?nmpk mcm lain mcm saja.Senyum memanjang,x mcm
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran
Baik sungguh awk berdua. Takkan awak berdua x perasan apa-apa?Ingat,kita bkn malaikat,x ada nafsu. Kita manusia.Jgn nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan..
Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi
x adakah kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yg boleh memberikan motivasi? Jgn hina kaum sejenis. Ingat banyak org cemerlang yg belajar dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dpt berkat & rahmat.
Tentu ada cinta secara Islam
Cinta secara Islam hanya 1 iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yg b'maruah.Bkn cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki & wanita sebelum kahwin,ia membawa kpd sesuatu sebagai ganti yg lebih baik iaitu perkahwinan. Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Cinta secara Islam hanya 1 iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yg b'maruah.Bkn cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki & wanita sebelum kahwin,ia membawa kpd sesuatu sebagai ganti yg lebih baik iaitu perkahwinan. Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya kalau lelaki & perempuan b'temu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan,teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan.Kemudian ddk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual pjg sehingga mlm gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang tgn,ddk makin dekat. Kalau tadi mcm kwn,sekarang mcm pengantin baru.Penghujung jalan cinta adalah penzinaan & kesengsaraan. Berapa ramai orang yg bercinta telah sampai kpd daerah penzinaan & kesengsaraan. Kasihanilah diri & ibu bapa yg melahirkan kita dlm keadaan putih bersih tanpa noda dpd seekor nyamuk sekalipun!
Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dgn ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa utk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jgn makan buah Khuldi dlm syurga. Allah tahu kelemahan pd ciptaan manusia.x tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pd Adam & Hawa,jgn hampiri pokok Khuldi.
Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah Khuldi.Tetapi Allah tahu sifat & kelemahan Adam & Hawa. Jika menghampiri perkara yg ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tdk dpt mengawal diri.Demikianlah dgn zina.Ditegah zina.Maka jln ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar dpd pengalaman nenek moyang kita Adam & Hawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan