"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.”(Hadis Riwayat Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)
Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum pemanis wajah, senyum menambah kecantikan dan yang pasti senyuman itu membawa kebaikan.
Senyum mesra datang dari hati yang baik, dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan.
Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah.
Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah.
Ukirlah senyuman yang paling manis.....kerana selain sedekah.... senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati....ia tidak menyakitkan .....tetapi menjadi penawar hati yang sakit.
Senyumlah selagi kita boleh tersenyum...
Senyum itu satu sedekah...
Susahkah nak lemparkan senyuman?
Senyumlah....kerana dengan senyuman akan membuat kita rasa bahagia...
Rahsia Di Sebalik Senyuman
- Saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dpt merangsang seluruh tubuh & mampu memberi manfaat berguna kpd sistem saraf otak & juga hormon-hormon.
- Pengkaji & pengamal barat percaya dengan memulakan hari dgn senyuman bkn sahaja berupaya menceriakan hidup tetapi memberi banyak kebaikan kpd kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' & menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
- Apabila darah yg 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
- Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dgn penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dgn diri sendiri.
- Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah & kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
- Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika org dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan & kemurungan.
- Kajian yg dibuat oleh sekumpulan saintis dari California menjelaskan terdapat 2 jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum & ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yg x baik akan memberi tekanan kpd sistem ketahanan badan.
- Dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' & penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
- Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
- Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan & secara x langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis & ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yg mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yg sihat.
- Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
- Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan
Bukan sukar utk menghadiahkan senyuman, tapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah kita. Hati mana yg x tenang, apabila sedang dlm kekusutan kita masih lagi boleh tersenyum kpd rakan2. Senyuman itu adalah sebuah ciptaan yg paling indah yg Allah pernah ciptakan, malahan senyuman juga adalah kuntuman-kuntuman indah yang sentiasa Rasulullah persembahkan.
Siapa tidak kenal dgn Muhammad bin Abdullah. Nabi Muhammad saw. adalah manusia sempurna yg patut diteladani segala sifat, sikap, dan tingkah lakunya. Ada beberapa hal menarik pd diri baginda yg jarang diungkapkan oleh org ramai iaitu mengenai senyum Rasulullah.Apabila dikaji sebenarnya senyuman Rasulullah memberi impak positif yg sungguh luar biasa.
Antara sahabat besar yg pernah menceritakan ttg betapa indahnya senyuman Rasulullah ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar, “Rasullullah s.aw tersenyum & baginda adalah org yg plg bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya). Manakala seorang lagi sahabat Rasulullah yg bernama Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yg lebih banyak tersenyum drp Rasulullah s.a.w.” (Riwayat At-Tirmidzi)
Cucu kesayangan baginda, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah sepertimana dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Tirmidzi, beliau berkata, “Aku bertanya kepada Ayahku( Saidina Ali ra) tentang adab dan etika Rasulullah s.aw. terhadap orang-orang yg bergaul dgn baginda. Ayahku mengatakan, ‘Baginda senantiasa tersenyum,beliau bukanlah seorang yg kasar, x suka berteriak-teriak,tidak suka mencela makanan yg tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa & siapa saja yg memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas…..”
Tambahan itu, Rasulullah walaupun dalam keadaan marah baginda tetap mempamerkan senyumannya, hatta kpd org yg baginda tidak sukai. Perkara ini pernah direkodkan oleh Imam Bukhari disebukan bahawa Saiditina Aisyah r.a berkata, “Ada seorang lelaki yang meminta izin utk bertemu dgn Rasulullah. Ketika baginda melihat orang itu dari jauh ,maka beliau bersabda, “Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat”. Namun ketika org (Uyainah) itu sudah duduk, baginda memberikan senyuman di wajah & menerima dgn baik hati kedatangan org itu. Ketika org itu sdh pergi, Aisyah berkata kpd Rasulullah,“Wahai Rasulullah, ketika kau melihat org itu tadi dari jauh engkau berkata begini & begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya & menerima kedatangannya dgn baik hati.”.Kemudia Rasulullah bersabda “Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?.”
Begitu indah akhlak Rasulullah, walaupun seseorang itu x disukai oleh baginda namun baginda tetap mempamerkan senyuman & menyambut kedatangan Uyainah dgn ceria.Oleh sebab itu Saiditina Ai’syah menkhabarkan bahawa sesungguhnya akhlak Rasulullah adalah aklak al-Quran, sepertimana yg direkodkan dlm hadith Sahih Muslim.Sebagai umatnya yg mengaku bahawa baginda adalah sebaik-baik manusia & seorang Nabi & Rasul, tidakkah kita malu kerana x mengikut perbuatan baginda yg sentiasa menghadiahkan senyuman kpd org ramai.
Walaupun baginda adalah seorang insan mulia yg sentiasa mempamerkan senyumannya kpd org ramai, namun dlm beberapa keadaan baginda x akan senyum. Lebih-lebih lagi apabila hukum-hukum Allah dipermainkan & dilanggar oleh umatnya. Bukan sahaja senyuman x dihadiahkan, tetapi wajah baginda akan bertukar serta-merta menjadi merah kerana kemarahan. Menurut Saiditina Aisyah sepertimana yang direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya, beliau berkata, “Pada suatu hari, Rasulullah baru kembali dari sebuah musafir. Sebelumnya aku telah meletakkan tabir di pintu rumahku dgn langsir tipis yg bergambar. Ketika baginda melihat gambar tersebut, Rasulullah terus mengoyakkannya hingga berubah rona wajah baginda, kemudian baginda berkata, “Wahai ‘Aisyah ! sesungguhnya orang yg paling keras siksanya di sisi Allah pd hari kiamat adalah orang-orang yg meniru ciptaan Allah”.
Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman & ketegasan Rasulullah sbg Ibrah & dlm masa yg sama menilai hikmah yg ada disebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman x pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malahan dgn senyuman hati kita akan berasa tenang & sentiasa disenangi oleh org ramai.
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA"" HARGA SEBUAH SENYUMAN TIDAK TERNILAI DENGAN WANG RINGGIT "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan