" ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya "
sejak ber rumate, dia banyak ajar aku wehhhh ! betul . tak tipu . banyak sangat . (bukan belajar pasal OT), banyak lah jgak aku learn something dari cara dia.....mana yg baik, aku ikut dan disebabkan itu jugak, kami masih berumate lagi sem 4....cara belajar dia pun aku tiru tau ! haaaa,nampak tak budak ni punya pengaruh.
Kitorang setiap hari gaduh . itu benda wajib.
satu rahsia, bila kitorang gaduh, sure2 aku akan demam.gila ke x gila aku ni?x tau ah.rasa pressure gila sampai suhu naik. Gaduh itu normal dalam persahabatan. peace ! bukan namanya persahabatan lah kalau tak pernah diuji.ye dok ? muehehe....
sebab aku.dia & doa berpisah tiada.aku tahu, doa pengikat kasih.doa pengikat hubungan.doa merapatkan hubungan.yg dekat mahupun jauh. papehal, aku mintak doakan.papehal, dia mintak aku doakan.bhaha...lagi2 time pektikel lah, tang presentation, viva lagi. apapun, doa is most important.aku x mintak apa pun dari bdk kecik ni.just doakan yg bebaik utk aku setiap hari ;(
D.R.I.V.I.N.G
- Budak kecik ni nama aje dah lama ada lesen.tapi stereng x pernah pegang.dan2 nak tunggu driver yg drive kan...tgk2, terus pegang toyota.perh ! segan dah aku nak angkut bdk ni dgn perodua :P
- kitorg pernah je hampir ter-accident.hihihi...x tahulah otak aku termelayang petang tu.hujan haritu.aku pun dgn gilanya pi langgar lampu isyarat.x tau time tu tgh merah.aku pun pecut lah terus.nak brek kang, lagi kete lain dtg menyondol . hihihi, "hisyyy.....kauuuuu....." . x tau lah budak ni dah cukup fobia dgn aku ke tak :D
Ohoooii ! gila banyak aku terpengaruh dgn bdk nih. err, mungkin dipengaruhi.lahaii,tak tahulah yg mana satu.
start sem 3 bende first sekali pasal pengaruh ni ialah..............roti prata.kau bayangkan hanya dgn sekeping roti prata, aku boleh hadap makanan ni kalau boleh setiap hari !ish ish ish..next is call parents dgn kerap."alahh,kan setiap minggu balik.jumpa jgk diorang.kdg x sampai seminggu pun" (mungkin lah kut ini anggapan aku waktu tu.x ingat dah).boleh kata setiap hari bdk ni membebel call mak dia.tapi bdk ni yg buat aku terpengaruh so kerap lah jgk aku call...(ehehhh,kadang tu aku cume miskol).pastu, kopi latte utk stay up.pastu lagi starch tudung.pastu dan pastu....ish ! banyak lah lagi...tak terkire agaknya. tak taulah kenapa nak kene ikut budak ni.nak kene sama dgn bdk ni.hishhh......
Haha, tapi ayat dia yg terbaru ni best, dah kenal sangat dgn aku agaknya.kihkih
Topik: fon baru
ngehngehngeh !
Terlalu banyak lah kenangan manis . tak mampu nak cerita . tapi...setiap kenangan tu, aku boleh flashback ;) Kenangan pahit.....banyak lah jugak.setiap hari nak manis je, tak best lah kan? kenangan bangun tgh malam study tu lah kut yg best.x pun, sorang stay up, sorang lagi bgn tgh malam. "kau tak kejut, aku bunuh kau". ahhaaa, tu je lah ayat bom bersama.
Namun, segala kenangan bersama, mengajar kitorang erti dewasa.matang.budak ni selalu marah aku sebab tak matang(kau mcam matang sangat..?*ehhh,dalam famili aku, bdk ni terkenal dgn perkataan "matang".)
H.A.D.I.A.H
Plan sejak bulan 3 2015 rasanya.seee..now june 2015.betapa lamanya aku plan semata utk 26june2015!tp nk kasi hadiah apa pun aku x tau lah.susah aaaa ada kawan bajet retis mcm die ni..x tau nak belikan apa.memang, hadiah ni bkn suatu kewajipan dalam bersahabat.tapi, mungkin ini hadiah terakhir. Lepas ni hadiah kawen pulak.hihihihi(tu lagi lah aku tak tau nak bg hadiah apa!)
akhirnya.............dia berharap novel tu turun dari langit,yes...aku sempurnakan impian dia.tapi kepayahan nak jejaki novel tu, kemain payoh ! tak nafikan. ingat nak belikan novel2 indie,tapi........novel2 pbakl dia tu pun melambok tak bersentuh.ahhh,tak payah !
teaser sikek hadiah bday . mmg niat nak buat seburuk yg boleh. dah cukup buruk aku buat.siap package balutan buruk.
Cume berharap.......kakak2 kau tak menyebok waima tolong bukak hadiah ni.aku segan.....tolong lah wujudkan diri dlm rumah bila hadiah ni turun dari langit. segan lahhh giniiiiiii. dah lah time tu tgh cuti.kompem2 kakak2 balik rumah(tapi tetap mengharap dedua tu x balik rumah this week :P)
Pada sebuah sahabat fillah,
terdapat sebuah anugerah
sebuah hadiah
pembantu dalam perjuangan.
Sepertinya Harun dan Musa
Sepertinya Rasulullah dan Abu Bakar
Keduanya saling menguatkan
Berpadu menguatkan jiwa dan perasaan
Sahabat duniawi, begitu ramai sekali
tapi tak semuanya memberi erti
Sahabat ukhrawi, sangat sukar dicari
semoga kau capai cita-cita kau.
semoga aku capai cita-cita aku.
semoga persahabatan ini diredhai
kerana aku sayangkan persahabatan ini
walaupun jauh
doa pengikat rindu
cuma aku mohon
tarik aku bila
aku hanyut.....................................................................................................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan