Alhamdulillah, 5 minggu dah berlalu . 5 minggu tak balik rumah . errr.....nak start cite dari mane eyh. Dari fes day lah yep . Okay, masuk2 department, buat mcm departmen sendiri.kahkah...terapis masuk keje, masing2 "laaaa....datang lagi....." . kehkehkeh. next orientation.dia bgtau yg incharge Psy now en. ___. n then memasing terapis, 'habis laaa korang.....' . hmmm, memang habis pun ! lame kut kene under en. tuu..phuhhh....Nasib fes day dia x de so boleh la bergumbire. Masuk ke second day................. dan hari2 seterusnyaaaaaaa......phuhhhhh...!
Okay2.sambung cerita. mesti ramai yg nak dgr pasal peristiwa banjir yg berlaku kat Pahang ni kan?
Alhamdulillah, aku tidak terlibat dgn banjir. Ye, rata-rata mengatakan ini banjir yg paling terburuk.Kawasan yg x pernah pernah alami banjir, haritu banjir. Oke, ini rumah seorang terapis aku la ek.Haritu tetolong bersihkan rumah dia.at least dpt ringankan beban sikit. Tabah sungguh mangsa2 banjir ni.
Kami dekat je dgn Sg Pahang.Sg Pahang mmg dah melimpah-limpah.tu yg air makin naik.lebih kurang nk ke sg tu dlm 3 minit berkereta.Kedai2 kat bawah jambatan tu mmg dah tahap bumbung dah.
Aku hanya boleh berdoa agar aku terselamat dari banjir. Risau tu ada tp menyesal sbb praktikal kat sini x ada . hihihi...parents pun risau jugak dgn keselamatan aku. Hujan x berhenti walaupun x lebat.
Ada satu hari, around 6.30am aku study sikit, blablabla pukul 7am tepat, elektrik terpadam ! uhhhh....makin risau ! aku pun terus contact parents dirumah if anything happen sbb takut bateri fon cepat habis. call tnb dan dorg jwb pencawang elektrik dah dinaiki air so mereka terpaksa off elektrik dan x tahu bila mereka akan on semula.sehingga air surut katanya.aku fikir, on that day baru hari isnin, jangkaan hujan akan turun sehingga hari jumaat.seminggu without electric.hmmm.
Praktikal berjalan seperti biasa kerana x terlibat dlm banjir.ada beberapa terapis n staff2 yg keluarganya terlibat dgn banjir.Staff kurang dihospital. pagi2 lagi dtg kerja dgr isu tentang banjir.
Helikopter merayau rayau diudara menghantar patient2 dari hospital2 yg terlibat dgn banjir.mcm tgh duduk dlm kwsn perang pun ade gak.heli terbang rendah. seminggu keadaan praktikal kucar kacir sedikit sebab dlm masa seminggu tu kami x naik ward sebab kami membantu menjaga anak2 staf di department. Aku risau. presentation aku makin hampir. orait ! itu je cite pasal banjir~
Untuk presentation pulak . Cuak kemain aihhhh...x penah rasa secuak ni. sebab ada 2 orang yg killer tu. Aku adalah first presenter from psychiatric.Kira aku jadi bahan uji kaji utk memember yg lain utk change their slides if aku ada silap kat memane...huhhh...ni yg x suke jd org pertama.
Tapi...............................aku bersyukur.aku dapat lagi lari dari 2 org killer tu.dulu masa ortho mmg dah tau awal2 2 org tu x kan ada waktu present. kali ni alhamdulillah jugak diorang x de.
So present dgn terapis2 biase je.so soalan2 yg ditanya pun alhamdulillah biase2 je. Tp x tahulah markah cane pulak kan....alhamdulillah, dah bebas dari dunia psychiatry....tinggal seminggu lagi utk mendalami area ini.Lepas ni bertukar area ke medical n neurology .
Sebab hari2 naik ward kut.so x beborak sgt dgn trapis dlm department. so mcm lack of something. dpt rasakan waktu ortho dulu lagi best. x tahu lah.
I WANT TO GO BACK HOME !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan