9 Jun 2011

T.U.D.U.N.G

Dalam Islam, kaum hawa diwajibkan bertudung dan menutup aurat..
Tetapi persepsi umat Islam sekarang hanyalah..
'Alah, kan aku dah pakai tudung, tutup aurat lah tu..'
ATAUPUN...
'Cantik jugak ye aku pakai tudung..'
Ataupun bertudung hanya di sekolah.. di luar rumah??
Wallahua'lam..
Kadang-kadang kesalahan itu diletakkan pada bahu ibu bapa yang terlampau sibuk dengan urusan duniawi..
Apakah kita sebagai anak hanya membiarkan ibu bapa terus leka dalam urusan mereka??
Cuba fikir kalau kita berubah dulu.. ibu bapa kita akan menyedari kesalahan mereka dan mungkin akan berubah..
Ini tidak, kalau anak tidak tutup aurat, salah siapa?? jawapannya ibu bapa..Wajarkah??
Bertudung tidak semestinya menutup aurat..
Apa guna memakai tudung tetapi baju dan seluar ketat??

Apa guna pakai tudung kalau tudung hanya sepanjang sedepa??
Kenapa pakai tudung tetapi tidak memenuhi syariat ALLAH??

Pernah tak kita fikir??
Apa perasaan RASULULLAH S.A.W kalau tengok keadaan umatnya sekarang??
Sedangkan sebelum Baginda wafat Baginda ingat pada kita..
Ummati,Ummati..

YA ALLAH, bukakanlah pintu hati mereka..
Kurniakanlah hidayah kepada mereka..
Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia..
Alhamdulillah Ya Allah, tetapkanlah hati kami agar kami sentiasa berada di jalan-Mu yang benar..
Kuatkanlah Iman kami, YA ALLAH..

p/s : sekadar secebis peringatan utk aku dan kalian semua.
eloklah bertudung tu iklas semata-mata kerana Allah.
bila dah bertudung tu,jgnlah mencemarkan nama baik tudung..(faham2 sendiri)
"org bertudung tu mcm lah baik sgt..."
sekurangnya mereka terlepas dari seksaan di akhirat kelak~

berkenaan memakai purdah :
purdah tidak diwajibkan bg wanita islam.
memakai tudung yg mengikut syariat islam,itu sudah cukup.
purdah muncul di kalangan wanita arab. mereka ingin menghalang sesuatu dari masuk ke dalam hidung dan mulut mereka(kerana tempat mereka berpadang pasir)

Tiada ulasan: