6 Jun 2011

M.E.N.G.U.M.P.A.T

Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan?Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri. MasyaAllah.

TIPS ELAK MENGUMPAT:
1)Bila berkumpul dengan kawan-kawan.. dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.Masa tu, kalau dah bersama, mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga, sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

2)Bila yang nak jadi moderator 'umpat-umpat' tu kawan baik kita sendiri..Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.cuba fikir.. rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3) Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu.Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat.. ada yang nak bagi pendapat.Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.

4) Bila yang nak ajak mengumpat tu orang senior dari kita.. tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?
Apa kata sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.
Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Senior kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah!

Tiada ulasan: