Sesuatu yg tidak kelihatan dgn mata kasar,jgn disangka x ada.Kadang2 sst yg tidak kelihatan itulah yg lebih kuat,bertenaga dan berkuasa.Misalnya arus(tenaga) elektrik.Kita x nampak bagaimana ia mengalir.Setelah berfungsi,baru lah keliahatan kuasanya.Sering juga sesuatu itu tidak kelihatan bkn kerana x ada tetapi kerana kita tidak mampu melihatnya dgn penglihatan mata kasar,virus dan bakteria.Namun apabila kita menggunakan mikroskop , kita akan dapat melihatnya.Terkejut kita,sehalus-halus makhluk ciptaan Allah itu tetapi kesan dan pengaruhnya sgt besar kpd kesihatan manusia.Berapa ramai yg menjadi korban harimau dlm setahun?bandingkan dgn berapa yg menjadi korban virus dan bakteria.
Jadi,apa yg boleh kita pelajari drp benda2 yg tidak kelihatan ini? Ya,jgn nafikan sesuatu itu itu hanya kerana ia tidak dpt dilihat oleh mata.Banyak makhluk Allah yg tidak kelihatan tetapi sgt besar pengaruh dan kesannya dlm kehidupan kita.
Kalaulah makhluk Allah seperti angin , arus dan virus pun manusia tidak dapat lihat,apatah lagi Allah yg menciptakan semua itu.Allah lebih hebat, berkuasa dan perkasa.Allah tidak kelihatan tetapi Allah ad dan berkuasa.Kuasa Allah tidak dapat ditandingi oleh makhluk-Nya. Begitu hebatnya Allah...tidak kelihatan tetapi amat luas kuasa dan kekuatan-Nya !
*Harini kita belajar dari buku "Nota Fikir utk Zikir by Ustaz Pahrol Mohd Juoi" ye anak-anak.*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan