9 Mei 2013

Aku ketepikan selaut kedukaan tatkala bersama dia kerana aku yakin akan aku temui kegembiraan disebalik riang wajahnya. Aku padamkan sebak kegagalanku disebalik seri wajah kejayaannya kerana kejayaan dia adalah kejayaanku jua.Aku lupakan keresahanku pabila disampingnya kerana aku pasti akan aku temui kebahagian dlm senyum tawanya. Aku hapuskan kesedihanku ketika bersamanya kerana aku tahu senyumannya asbab ketenangan hatiku.

Mungkin kita berlainan pendapat, minat, makanan kegemaran, warna favourite, pasangan idaman, tudung kesukaan. Tetapi kita seakidah. Ukhuwwah kita berpaksikan cinta Ilahi. Aku tahu aku bukan sahabat yg diidam-idamkan oleh seorang sahabat. Kadangkala terasa kerdil bila berada disampingmu kerana aku tahu kau adalah sahabat yg terbaik.

Aku selalu berdoa moga dikurniakan sahabat2 yg solehah kerana aku bukan sesolehah yg disangka. Aku termimpi-mimpi utk bersama mereka di syurga kelak.Allah..Indahnya..

Tidak lebih yang aku minta, sahabatku.Jgn dilepaskan tanganku meskipun aku tersadung. Aku takkan mampu lagi bersama-sama mengatur langkah kaki kiri kanan bersama-samamu seperti mereka yg sedang bercinta di taman bunga tulip andai tgn aku terlepas dari genggamanmu.

Sahabatku.hanya Allah yg dpt membalas segala kebaikanmu kpdku.banyak cacat cela yg terpalit padaku tetapi kau tetap setia bersama kekurangan. Maafkan aku kerana aku bukan sahabat yg terbaik. Maafkan aku kerana banyak lagi hak & tanggungjawab sebagai seorang sahabat belum aku lunaskan. Maafkan aku..

Sabda baginda S.A.W. yang mathumnya,
“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”(Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim)
Ummu Darda' rha meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya: 'Dan bagi kamu seperti apa yang kamu pinta untuk saudaramu' "(Riwayat Muslim no 2732)
"Kita akan rasa peritnya ketiadaan & sakitnya kehilangan kerana terlambat menghargai manisnya kehadiran seorang sahabat."

 NOTA KAKI : 100% INI AYAT CIPLAK . CUMA ADA MAKNA DLM DIRI JE . HEHEH~

Tiada ulasan: