"macam mana boleh rapat ?"
kdg2 di antara kita sendiri tertanya-tanya mcm mana kita boleh rapat kan ?tidak kurang ada juga yg kagum dgn ukhuwah kita.
pelik mereka dgn keakraban kita. tertanya mereka mcm mana kita boleh bersahabat baik.Allahuakbar.itulah dia storyline yg Allah cipta. smooth & neat ;)
Kita terus bersahabat baik tanpa mengetahui kenapa KITA yg ditemukan satu sama lain. yg kita tahu, ye, ukhuwah itu satu anugerah. dan, sahabat akan menjadi pelengkap kpd sahabatnya. jika seorang sedih, ada yg menggembirakan.tika seorang lg lemah, ada yg menguatkan.hingga satu masa takdir Allah menjauhkan kita antara satu sama lain. walau jarak itu hanya sekejap masanya.tp,kerana jarak itu, Allah mengizinkan diri ini utk betul2 mengerti hikmah di sebalik ukhuwah kita. Alhamdulillah :)
Dlm perpisahan yg sekejap itu,Allah nk menguji diri ini dgn kesedihan.saat kita jauh, tiada bahu utk dipinjam,melepaskan rasa.tiada tgn lembut yg bantu menyapu air mata. tiada suara ceria yg memberi semangat.tp ada Allah yg Maha Mendengar lagi Maha Memahami.
Ketika bersua kembali, diriku mencari kekuatan utk menyembunyikan sang sedih.ku sambut dirimu dgn senyuman.kau sambut diriku dgn PELUKAN seperti biasa :') tapi kali ini lain rasanya.pelukanmu itu berbeza kali ini.ok, ku tahu dirimu sdg bersedih. sebak hati saat terdengar tangisan kecilmu. terasa bahuku berguna buatmu sahabat ;)
Erat ku peluk sambil menunggu utk dirimu bersuara,utk mengetahui punca kesedihan. saat dirimu bersuara, air mata ku laju mengalir. kenapa?kerana kamu sedang bersedih sahabat :'( dan kerana kita sama. Allahurobbi :(
tertanya di hati. kenapa kenapa & kenapa sama?kenapa kita sama2 sedih ?baru ku faham, Allah kurniakan kita perasaan yg sama di waktu yg sama utk kita saling mengerti.betul2 mengerti apa yg sahabat sedang rasakan.Itulah dia hikmah ukhuwah kita.perjalanan yg hampir sama.jln cerita yg hampir sama. cuma kisah yg berbeza. itulah tujuan Allah meletakkan kita bersama-sama. utk saling memahami & mengerti. Alhamdulillah :')
Ingatlah wahai sahabat. kesedihan itu takkan lama. selepas kesedihan akan ada kebahagiaan. Di setiap hujan akan ada pelangi. In Shaa Allah. tersenyumlah. jgn sedih2. Allah kan ada ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan